Wednesday, 13 July 2011

Bahulu Rose

Hari ni terjumpa resepi kuih bahulu rose. So apalagi tgk bahan2 asas ada terasa mcm nak try. Tapi pewarna merah takde. Pakai je la pink color. Jadi terang betul la colornya.. tapi macam kurang puas hati la buat BAHULU ROSE ni. Nanti nak try buat lagi..









Bahulu Rose

Bahan-bahan:

 4 biji telur
1 1/2 cwn gula pasir (boleh kurangkan jika suka)
1 sdt esen rose
1 3/4 cawan tepung gandum (disangan dulu dalam kuali)
1 sdt pewarna merah dan pewarna hijau

Cara Caranya:

1. Pukul telur bersama gula hingga kembang.

2. Masukkan esen rose dan tepung gandum sedikit demi sedikit.

3. Pukul lagi sehingga sebati.

4. Asingkan 2 senduk daripada adunan tadi.
*1 senduk letak pewarna merah, kacau rata.
*1 senduk letak pewarna hijau, kacau rata.

5. Sapu acuan / loyang dengan minyak masak.

6. Masukkan adunan asal (lapisan paling bawah).

7. Masukkan adunan berwarna merah (untuk lapisan kedua).

8. Masukkan adunan berwarna hijau (untuk lapisan ketiga)

9. Ulang kembali adunan mengikut lapisan warna.

10. Bakar dalam oven pada suhu 180 darjah selama 45 minit. (kek besar). Kalau untuk papercup bakar selama 10-15minit.

No comments:

Post a Comment