Monday, 4 July 2011

Muffin Pisang Oat











Muffin Pisang Oat (12biji)

  • 3 biji Pisang (saiz sederhana)
  • 1 1/2 cwn gandum
  • 1 cwn bijirin oat
  • 1 cwn gula perang
  • 2 biji telur
  • 1/2 cwn minyak
  • 1/2 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 sudu kecil perisa pisang
  • 1 sudu besar baking powder
  • sedikit garam

Cara-caranya :
  1. Lenyek pisang hingga hancur.
  2. Masukkan tepung gandum & baking powder (diayak dahulu) & bijirin oat ke dalam mangkuk adunan. Kacau rata.
  3. Dalam mangkuk lain, masukkan minyak, gula perang, telur, esen vanila, perisa pisang dan sedikit garam. Adun dengan kelajuan sederhana. (Tak perlu adun terlalu lama & telur tak perlu kembang)
  4. Masukkan pisang lenye ke dalam adunan bahan kering dan curahkan adunan bahan basah. Adun sebati.
  5. Panaskan ketuhar 200c selama 10minit.
  6. Masukkan adunan muffin 3/4cup
  7. Bakar pada suhu 200c. Api penuh(atas bawah) lebih kurang 20minit. Atau sehingga masak.

No comments:

Post a Comment