Sunday 24 July 2011

Puding Roti

Buat atas permintaan my lil sis. Esok ada potluck kat office dia. So permintaannya Puding Roti & Kek Batik. Nak kena taip resepi lagi ke? Sama je la resepi macam yg sebelum ni.. :)  Copy paste je la ek dgn yg sebelum ni.. hehe.. Tapi gambar takde la yg da potong sebab my lil sis bawak dan potong at office dia je esok..










Puding Roti

Bahan A:

500 ml susu segar/fresh milk
8 keping roti (gardenia/high 5)

Bahan B:

4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter(di cairkan)
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar kismis hitam / mix fruit

CARA - CARANYA:

1. Hancurkan dan koyakkan roti dan rendam dalam susu selama 1/2 jam.
2. Kacau dan gaul rata bahan B.
3. Tuangkan kedalam loyang yang telah di gris.
4. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit atau sehingga masak.
5. Kemudian biarkan sejuk baru lah boleh di potong cantik.
6. Sedap dimakan bersama sos kastard atau bersama ice cream. hmmmm.. Yummy :)
Sos Kastad

1 tin susu cair
2 s/b tepung kastad
sedikit tepung jagung
2 s/b gula
1 s/k esen vanila

Cara - cara membuat SOS KASTARD :

1. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
2. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.

No comments:

Post a Comment