Wednesday 27 July 2011

Mee Rebus Baidali (Hj Wahid), Plaza Damas, Kota Damansara

Mencari mee wahid di Kuala Lumpur. Our granny (Wan) teringin sangat. Dia kata kalau gi Johor dia nak sangat makan Mee Wahid. Then kami teringat ada org kata mee wahid ada gak kat KL ni. So my hubby try la cari. Kami terus pegi yg paling dekat dgn rumah la.. Plaza Damas, Kota Damansara. Dengarnya ini dibuka oleh salah satu anak Hj Wahid dan menggunakan nama Baidali. Kami pun tapau utk di bawa balik buat Wan.








Tuesday 26 July 2011

Marble Cake & Puding Roti lagi..

Wahhhh dapat sambutan hebat puding roti ni.. Ada yg minta buat again. hehe.. so buat lagi puding roti utk my lil sis officemate. Bos dia lak mintak Marble cake :)

PUDING ROTI





KEK MARBLE



Sunday 24 July 2011

McChicken McD


Yeayyyyyyyyy my Lil Sis belanja ... Jommmm...


hehe.. amik set yg murah je la.. sian lak bukan keje betul2 pun lagi.. gaji sikit je tapi Alhamdulillah... mari makan...


Siap dapat extra special ice cream lagi tu..


Alhamdulillah kenyang... 'Terima Kasih daun keladi...' hehe... 

Kek Batik Simple & Mudah









 
Kek Batik

 Bahan A
  • 250gm Buttercup
  • 5 biji telur
  • 1 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 4 sudu koko
  • 1 paket milo 3in1
  • 1 s/k nescafe (bancuh dgn air td)
  • 1 s/k esen vanila

 Bahan B

  •  Biskut Marie

Cara-cara membuatnya :

  1. Masukkan semua bahan A ke dalam periuk. Dan panaskan di atas api yg perlahan. Kacau sehingga menjadi pekat.
  2. Bila pekat, masukkan biskut marie. Padamkan api.
  3. Kemudian masukkan ke dalam loyang dan tekan kuat2 supaya semua menjadi rata.
  4. Dah sudah masukkan ke dalam peti sejuk. 
  5. Dalam 5jam ke 6 jam dah boleh keluarkan dan makan :)
Nak tunggu sejuk je lama tapi buat senang & sekejap je.. Kebiasaannya saya buat sebelah malam. Then keesokkan paginya dah boleh makan :)

Puding Roti

Buat atas permintaan my lil sis. Esok ada potluck kat office dia. So permintaannya Puding Roti & Kek Batik. Nak kena taip resepi lagi ke? Sama je la resepi macam yg sebelum ni.. :)  Copy paste je la ek dgn yg sebelum ni.. hehe.. Tapi gambar takde la yg da potong sebab my lil sis bawak dan potong at office dia je esok..










Puding Roti

Bahan A:

500 ml susu segar/fresh milk
8 keping roti (gardenia/high 5)

Bahan B:

4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter(di cairkan)
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar kismis hitam / mix fruit

CARA - CARANYA:

1. Hancurkan dan koyakkan roti dan rendam dalam susu selama 1/2 jam.
2. Kacau dan gaul rata bahan B.
3. Tuangkan kedalam loyang yang telah di gris.
4. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit atau sehingga masak.
5. Kemudian biarkan sejuk baru lah boleh di potong cantik.
6. Sedap dimakan bersama sos kastard atau bersama ice cream. hmmmm.. Yummy :)
Sos Kastad

1 tin susu cair
2 s/b tepung kastad
sedikit tepung jagung
2 s/b gula
1 s/k esen vanila

Cara - cara membuat SOS KASTARD :

1. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
2. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.

Wednesday 20 July 2011

Blended Orange Muffin









BLENDED ORANGE MUFFIN

Bahan-bahan
  • 1 biji buah limau
  • 1 cawan minyak
  • 1 cawan gula halus
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 s/b baking powder* (*diayak bersama)
  • 1 sudu besar oren sunquick- saya tambah.
  • 1 s/k esen vanila
Cara-cara
  1. Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.
  2. Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali. Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
  3. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
  4. Tuangkan adunan kedalam bekas muffin.
  5. Bakar pd suhu 170C selama 10min - 15min atau hingga masak.

Tuesday 19 July 2011

Sambal belacan manggis & jantung pisang

Menu hari ni simple tapi sedap. Sekali sekala tukar selera. Ulam-ulaman... First time try jantung pisang.. sedap gak rupanya. Tapi Sambal Manggis my lil sis hari ni fuhhhhhhh betul2 berapi!! PEDAS berasap punya bila makan.. :)


Ulam Raja + pegaga

Sambal berapi

Ayam Kicap Blackpepper

Tempe + Ikan Bilis goreng

Jantung Pisang

Sambal Belacan Manggis betul2 BERAPI

Monday 18 July 2011

Tupperware

Jom beli TUPPERWARE!!! Dapat kek yg sedap.. promotion sempena Hari Raya :)