Ya Allah.. Kenapa terlalu sukar untuk melalui hari-hari ke depan. Masih terasa kesedihan yang terlalu sukar untuk di luahkan. Terlalu sedih.. sehingga hari ini.. Ya Allah... Ku memohon kepadaMu, memberikan kekuatan dan hilangkan semua perasaan negatif yang ada dalam hati ini. Ku memohon kepadaMu, Ya Allah.. Tak sanggup sebenarnya untuk hadapi sehari demi sehari..
Kenapa? Kenapa semua ini? Ya. Aku sentiasa mencuba untuk happy kan diri buat seperti biasa. Tapi sebenarnya TERLALU SUKAR! Setiap detik dan saat teringat semua yang berlaku. Tak tahu dimana kekuatan untuk aku tempuhi. Mungkin kerana merasakan terlalu selesa, macam terlalu disayangi.. Tapi sebenarnya... Sebelum ini.. Lirik lagu ini sangat bermakna dan itu lah gambaran hati dan perasaan aku -
Di matamu ku berharga, Kau perlakukan aku, Lebih dari mencintai dirimu, Di dekatmu ku merasa, Bahagianya aku, Dapat ruang cintamu, Hanya kamu saja, Yang mampu begitu.. Tulus.. Mengerti aku, Kau sempurna bagiku, Tak kurang sesuatu, Kau terima apa adaku.. Gayamu, Sifatmu, Cara mencintaiku, Yang membuatkan diriku jatuh cinta padamu..
Mungkin kerana ini juga lah yang buat aku semakin sukar menerima kenyataan. Ya aku redha ada tercalit kepahitan dalam kehidupan kami. Bolehkah aku dapat merasakan kembali kebahagian ini Ya Allah?
Dah hampir 2 bulan cuba mengatasi masalah ini. Tapi semakin hari semakin sukar. Sukar untuk mempercayai lagi.. Masih terasa kehilangan.. Mungkin kerana CINTA dan perasaan sayang tanpa sangsi dan berbelah bagi selama mana perkahwinan ini. Bila semua ini terjadi ianya memang sukar untuk aku terima dan fikirkan semuanya.
*menangis* to be continued -
No comments:
Post a Comment