Monday 14 November 2011

Teater Badai Semalam



Surprise from my darling Hubby!! Semuanya kerana Erra Fazira & Aaron Aziz. Happyyyyyyyyy sangat!! Thank you Sayang!!! Love u more more more... :)






Khadijah Hashim - Penulis Novel 'Badai Semalam'

Eirma Fatima - Penulis Skrip


Comment : A++++ sangat best. Berbaloi baloi. Sangup kot nak pegi tgk lagi sekali. wahhhhh... rindu semua pelakon2 sangat best setiap watak memang A++. Tahniah!!!!!





Sinopsis Badai Semalam

Mazni anak seorang pembantu rumah membesar bersama ibunya yang bekerja sebagai pembantu rumah di sebuah banglo milik Encik Haris dan Puan Rohana.

Walaupun majikan ibunya amat berbesar hati membenarkan mereka tinggal di situ, tetapi pandangan jiran tetangga amat buruk dan negatif terhadap mereka.

Mereka irihati dan cemburu dengan kecantikan dan kebijaksanaan Mazni apatah lagi apabila Karim, anak Encik Haris dan Puan Rohana mula jatuh hati dengan Mazni. Pada mulanya Mazni hanya menganggap Karim sebagai abangnya sahaja.

Karim berjaya menambat hati Mazni untuk bercinta dengannya. Mazni tahu latar belakang Karim yang suka berfoya-foya dan tidak mempunyai komitmen dalam menjalinkan hubungan. Namun Karim mula berubah laku selepas ditimpa kemalangan yang berjaya menginsafkan dirinya.

Layanan mesra oleh Mazni membuatkan Karim beriya-iya ingin memperisterikan Mazni. Banyak tentangan dan fitnah yang dilemparkan, tetapi Karim nekad. Puan Rohana tidak bersetuju kerana tak mahu tanggung malu kerana orang luar mula memperkatakan pasal maruah keluarga mereka. Mazni dan Karim nekad berkahwin.

Mazni sebenarnya diminati oleh Zaki, tetapi hatinya terlebih dahulu diserahkan kepada Karim. Ibu Mazni amat kecewa apabila mendengar tohmahan dan fitnah tentang Mazni yang berkelakuan tidak senonoh. Pada saat Mazni memerlukan sokongan, ibunya meninggal dunia.

Dalam pada masa yang sama Mazni menyambung pelajaran di sebelah malam. Hari berganti hari, terlalu banyak dugaan yang mendatang. Mazni terpaksa membahagikan masa dengan pelajarannya. Sedikit sebanyak, Mazni terpaksa mengetepikan kehendak Karim. Mazni berasa kecewa dengan sikap Karim yang mula berubah laku selepas mendirikan rumahtangga.

Karim kembali dengan perangai lamanya yang suka berfoya-foya kerana berasa Mazni mengabaikannya dan sibuk dengan buku. Apa yang berlaku kepada Mazni? Tontonlah teater Badai Semalam di Istana Budaya sekarang!!!

No comments:

Post a Comment