Wednesday 16 November 2011

Puding Roti

Esok nak pegi jumpa anak2 buah.. So plan nak buat Puding Roti. Mamanya pun suka gak. So projek bermula.. Hehe.. tapi amik gambar yg dah siap je la ek.. Tapi cam tak puas hati lak kali ni.. sebab gula halus takde so tukar guna gula pasir biasa.. Tambah extra roti.. dah tgk mcm terlebih roti la pulak. Rasanya kena tunggu comment dari mereka yg makan le. Tukang masak ni tak makan pun.. Tapi selalu happy nak buat sebab selalu org bagi comment yg positif @ S.E.D.A.P. Kira berjaya la walaupun sendiri buat sendiri tak makan.. Hehe.. Especially  Thanks to my darling Hubby. Pembakar semangat dan daku pembakar puding roti.. hahahaha.. Luv u Sayang.






Puding Roti

Bahan A:

500 ml susu segar/fresh milk
8 keping roti (gardenia/high 5)

Bahan B:

4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter(di cairkan)
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar kismis hitam / mix fruit



Sos Kastad

1 tin susu cair
2 s/b tepung kastad
sedikit tepung jagung
2 s/b gula
1 s/k esen vanila



CARA - CARANYA:

1. Hancurkan dan koyakkan roti dan rendam dalam susu selama 1/2 jam.
2. Kacau dan gaul rata bahan B.
3. Tuangkan kedalam loyang yang telah di gris.
4. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit atau sehingga masak.
5. Kemudian biarkan sejuk baru lah boleh di potong cantik.
6. Sedap dimakan bersama sos kastard atau bersama ice cream. hmmmm.. Yummy :)


Cara - cara membuat SOS KASTARD :

1. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
2. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.

No comments:

Post a Comment